Lilin : Hati-hati apabila nak jawab Isu Agama
03:45 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Salam,

Sebagai seorang muslim, kita mesti amanah dengan ilmu yang ada di dada kita. Jika tahu katakan tahu, jika sebaliknya katakan tak tahu.

Isu ahli Parlimen Bukit Gantang YB Mohd Nizar menyalakan lilin heboh diperkatakan.

Yang amat malang orang bukan dalam jurusan agama pandai-pandai menjawab, ada antara mereka kata boleh menyalakan lilin dan ada juga kata tak boleh(haram).. Tahu hanya sepotong hadis terus buat hukum, tahu sedikit sirah terus buat hukum. Ini boleh membawa padah kepada masyarakat, menyebabkan masyarakat menjadi keliru. Dan musuh Islam boleh mempermain-mainkan Agama Islam.

Dalam Islam kita ada displin ilmu, jika tidak tahu tentang sesuatu perkara katakanlah "wallahua'lam" . Janganlah kita pandai-pandai "mengoren" ikut akal atau nafsu kita. Rasa macam akal sudah bijak terus keluarkan hukum.

Isu lilin, isu baru, jadi banyak kajian diperlukan, semada adat atau upacara agama.

Saya tak mahu ulas panjang, cukup untuk peringatan kita semua.

Cuba lihat respon apabila ditanya tetang isu ini terhadap Timbalan Presiden PAS Ust Nasaruddin Mat Isa dan Ust Harun Taib. Respon yang baik.


Muhasabah untuk kita sebagai pejuang: Manek Urai
04:12 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::



salam perjuangan...

Muhasabah untuk kita sebagai pejuang...

PRK Manek Urai menyaksikan pertarungan sengit, dimana Pas meraih 5,348 undi manakala BN meraih 5,283 undi. Pas mendahului BN dengan 65 majoriti.

Alhamdulillah PAS dapat pertahankan kursi akan tetapi mejoriti PAS menurun.

Cuba kita halusi,di Manek Urai terdapat 5283 orang sokong umno manakala 5348 orang yang sokong PAS...Kenapa masih beribu-ribu orang melayu menyokong umno di Manek Urai sedang disana adalah kubu kuat PAS!!!!!!!

Adalah kerana beberapa Faktor:

1-Mungkin pengundi termakan janji-janji manis BN dan sogokannya yang lumayan.

2-Mungkin juga, kerana isu dalaman PAS yang diaksikan oleh media masa.

3-Mungkin petugas-petugas PAS masih belum bersungguh-sungguh kerana menyangkakan itu kubu kuat PAS.

4-Mungkin ini adalah pengajaran daripada Allah, supaya kita tidak terlalu megah dengan kemengan kita yang lepas dan supaya kita tidak memandang remeh kerja-kerja tarbiah terhadap masyarakat...

Rata-rata yang mengatakan sebab kekurangan mejoriti PAS dalam PRK Manek Urai adalah kerana faktor pertama..bagi pendapat saya, ini menunjukan tarbiah PAS terhadap masyarakat masih kurang..jika tarbiah PAS kuat keatas rakyat kelantan mana mungkin rakyat terpengaruh dengan janji-janji manis atau sogokan yang lumayan oleh BN..

umno memang badan politik ,kita mesti ingat PAS bukan badan politik semata-mata,PAS juga gerakan dakwah..

PAS mesti seiring dalam politik dan tarbiah...tarbiah perlu diutamakan..usrah, kelas-kelas pengajian,ILHAM , Halaqat, tamrin perlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh..ini adalah asas kekuatan kita..

Jika kita hanya bergantung kepada isu untuk meraih undi atau simpati pasti kita akan kalah atau hanya menang sembentara sahaja. BN lebih fower lagi dalam meraih undi atau simpati dengan mengunakan isu kerana BN mengusai medai masa..

Saya tak mahu ulas panjang, kerana pimpinan kita lebih mengetahui dan lebih memahami apa yang perlu dimuhasabahkan untuk kebaikan kita semua.

"Islam tertegak diatas keruntuhan jahiliyyah"

wassalam

abu yusuf