Presiden PAS sekeluarga selamatkan orang lemas
20:36 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.





Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Hati-hati dengan 1 Malaysia
06:17 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
1 Malaysia nampak baik dimata, menitik-beratkan masyarakat majmuk... ye ke??

ye memang benar...

lihatlah kaca tv anda masing-masing, ape umpangnya?.... tarian joget, hiburan tanpa batasan..

tv 1, 2 dan 3 penuh dengan hiburan yang amat menghancurkan minda umat Islam, astro lagi teruk... cuba anda hitung,beberapa jam sahaja masa yang diperuntukkan dirancangan tv itu untuk membina minda umat Islam berbanding masa hiburan yang melampau lagi mengila terus-menerus mengusai suasana kehidupan kita.. hiburan yang mengila-babi ini boleh menyebabkan masyarakat kita manjadi mundur dan tak akan maju, kalaupun maju, maju dalam songsang... saya bukan anti hiburan akan tetapi hiburan ada batasannya(konsep hiburan yang diharuskan oleh Islam)

1 Malaysia = buatlah ape sahaja, nak langgar syariat Islam tak pe, janji nampak masyarakat majmuk dimalaysia ini...

ape dasar 1 Malaysia? sekuler ke? Islam ke?

Islam amat menjaga hubungan dengan kaum lain dan agama lain... dengan tidak menggadai prinsip-prinsip asal Islam.. bukan macam 1 Malaysia yang banyak menggadai prinsip-prinsip Islam...

abu yusuf
Tumpat
13/2/2010