Dua Enjin F-5E dirompak
07:27 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Enjin Jet besar bapok boleh dirompak..apa hal kerajaan Malaysia ala umno lani... mahu jual Malaysia ke?

Bukan satu tapi dua buah enjin F-5E telah hilang, satu enjin berharga RM50 juta, kalau dua enjin = RM100 juta.. ingat duit 10sen ke, hilang buat tak tahu je, ini RM100 juta bang!!!

Ini kes besar, macamana enjin F-5E besar bapok boleh hilang? TUDM buta ke? mustahil TUDM tidak tahu kes ini, kalau jual katakan jual,tapi mana RM100 juta itu..kenapa Audit Negara tak buat laporan tetang kes ini tahun lepas, kenapa kes ini baru timbul..

Bagi pendapat saya, kalau pistol satu laras mungkin pesalahnya dikalangan tentera tetapi ini enjin besar gila hilannggg mesti pesalahnya orang besar-besar termasuk pimpinan Negara..
siapakah perompak F-5E sebenarnya...???? saya yakin sepenuh hati "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga"...

abu yusuf
Tumpat
26/12/2009
Hilang enjin F-5E
01:30 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.

Sehubungan itu beliau dan parti-parti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.

"Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini," tegasnya ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini,Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi dalam majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10 oleh Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mhafuz Omar pula persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena baru-baru ini berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.

"Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?

"Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan," katanya.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.

"Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu," katanya.

Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.

Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.

Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.

"Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum,"tegasnya.

www.harakahdaily.net
Melahirkan Sang Murabbi
01:55 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::


Murabbi :

Arkitek Generasi Pelapis Murabitun

Pendahuluan

Tarbiah dan Murabbi dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Ø Oleh kerana PAS mengutamakan tarbiah, maka murabbi adalah satu komponen yang terlalu penting dalam PAS.


Ø Pelapis murabitun mesti dibentuk dan disediakan setiap masa bagi memastikan kesinambungan kegemilangan PAS


Ø Oleh itu murabbi yang berkualiti perlu ada dan berfungsi dalam membina pelapis murabitun.


Ø Konsep murabbi telah lama wujud dalam Islam, sejak zaman Rasulullah hingga kini dalam setiap gerakan Islam.


Ø Imam Al-Haddad : “jadilah kamu dengan syaikh murabbi kamu bagai seorang mayat di tangan tukang mandinya, jika diangkat tangan maka terangkatlah tangan, diturunkan maka terturunlah”


1. Sifat Murabbi


· Ibn Mubarak : “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu” (Peri penting pemilihan murabbi)


· Sifat peribadi seorang murabbi (bertaqwa, wara’, menjaga adab dgn Allah, hati yang bersih, berilmu tinggi, sabar, penyayang, berhemah tinggi, kuat berdakwah, berhikmah dll)


· Murabbi perlulah seorang yang berilmu agama yang mantap agar apa yang ditarbiah sesuai dengan dasar perjuangan Islam sebenar. Oleh itu, para ulama dalam PAS sangat bertanggungjawab sebagai para murabbi.


· Sifat murabbi dalam jamaah (adab berjamaah, hubungan yang baik dengan pimpinan, tsabat, rajin, cekap berorganisasi, sifat2 jundullah dlm surah al-maidah, lengkap rukun bai’ah 10, dll)


· Sifat murabbi dengan generasi pelapis (guru, pendidik, bapa, abang, pemimpin, model contoh, kaunselor)


· Kitab-kitab tarbiah seorang murabbi seperti Tarbiyatuna Arruhiyyah (Sa’id Hawa) mesti dihadamkan


2. Pra-syarat Murabitun


· Bekerja dengan jamaah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka persediaan rapi perlu ada. Murabitun adalah tulang belakang jamaah, maka golongan ini terlalu penting.untuk dipersiapkan.


· Bakal murabitun perlu dipersiapkan dengan beberapa sifat iaitu: berilmu, faham tuntutan jamaah, bersih jiwa, cekap berorganisasi, tabah, tsabat, berhemah, berhikmah dll.


· Pra syarat untuk menjadi murabitun begitu tentu sekali adalah ditarbiah dengan teliti dan sentiasa bersedia untuk ditarbiah.


· Para ulama agung silam yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan Islam semuanya telah ditarbiah secukupnya oleh para murabbi mereka sebelum muncul sebagai sebutir permata perjuangan.


3. Tarbiah rukun asasi


Ø Tarbiah adalah modal utama jamaah Islam. Tanpa tarbiah rosak perjuangan


Ø Tarbiah yang lengkap memerlukan bukan sahaja modul dan silibus, tapi aspek utamanya adalah pentarbiah itu sendiri (murabbi).


Ø Allah memerintahkan agar kita bertanya kepada Ahluzzikr, dan bukan hanya setakat mengkaji, membaca dan berfikir.


Ø Maka jamaah Islam perlu melakarkan pelan membentuk murabbi, menyebarkan mereka, dan menyediakan prasarana diperlukan selengkapnya untuk tugasan tarbiah di mana jua.


Ø Antara yang perlu disediakan untuk murabbi adalah:


Ø Lokasi

Ø Kewangan

Ø Soft skill

Ø Kerjaya

Ø Bahan bantu


4. Murabbi pelakar pelan generasi akan datang


Ø Tanggungjawab murabbi membentuk generasi murabitun akan datang


Ø Sebagai arkitek, murabbi perlu melakar bagaimana membangunkan generasi murabitun yang kukuh, faham dan memainkan peranan dengan baik.


Ø Tanpa murabbi, murabitun yang lahir akan cacat tarbiah, sekaligus mencacatkan pemerkasaan jamaah.


Ø Hasilan tarbiah seorang murabbi yang mantap akan melahirkan murabitun yang kukuh


Ø Kajian mendapati kecelaruan fikrah di kalangan sebahagian anggota PAS adalah kerana kekurangan murabbi yang jitu di sesetengah tempat


Ø Murrabi perlu sentiasa meyematkan di dada kalam Imam Hasan Al-Banna “realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti esok hari”


5. Murabbi penyelia binaan akan datang


o Selain melakar pelan, murabbi juga perlu sentiasa menyelia pembinaan generasi murabitun agar tiada yang futur atau lari dari trek perjuangan.


o Murabbi tidak boleh berlepas tangan dari hasilan air tangan tarbiahnya.


o Murabitun perlu sentiasa berhubungan dengan murabbi agar terus memahami perjuangan dan tsabat di atasnya.


o Penyusunan murabitun yang telah siap ditarbiah di setiap tempat akan memudahkan gerak kerja jamaah.


o Syaikh Sa’id Hawa : 3 sifat faktor kegagalan murabitun : Malas, takut, kedekut. Murabbi perlu memastikan sentiasa 3 sifat ini tiada pada murabitun sentiasa.


6. Penutup - Murabbi cemerlang, murabitun cemerlang


o Keberkesanan tarbiah PAS bergantung pada kecemerlangan murabbinya. Maka penekanan pada para murabbi sangat perlu.


o Murabbi yang cemerlang akan merangka pula pelan, bertindak, dan kemudian menyelia generasi-generasi murabitun.


o Generasi murabitun akan datang juga cemerlang apabila ditarbiah dengan lengkap oleh murabbi yang cemerlang.

Katakanlah inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah atas basirah, jalanku dan jalan sesiapa yang mengikutiku…

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
UMNO peralatkan KAFA
07:05 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Salam,

Hancur umno,

Syarat untuk memohon guru KAFA mesti mendapat sokongan dari ketua cawangan umno..tu ok sikit, tapi apabila jumpa ketua cawangan umno, dia nak nombor ahli umno pemohon itu..

jadi kesimpulannya sapa-sapa yang nak jadi guru KAFA mesti menjadi ahli umno...

umno paksa rakyat jadi ahlinya...

kerajaan malaysia tidak adil...

umno dah buntu...dan akan buntu sampai bila-bila....


Tumpat
1 Muharam 1431 H
18/12/2009

abu yusuf


p/s: bolehlah anda rujuk pada borang permohonan guru KAFA...
Manhaj Usrah Sirah di Peringkat Remaja dan Muda-mudi. Siri Kedua
18:29 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH


Di dalam tempoh ini, peristiwa-peristiwa sejarah berikut terbukti berlaku:


1. Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w. Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun. Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan. Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau. Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata: Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan: Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:


Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan aku seraya berkata:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia

melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak

diketahuinya". (Al-Alaq: 1-5)


Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku." Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak."


Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku, dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:


"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku." Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.


bersambung...


abu yusuff

MTSNA

7/12/2009


rujukan: Durus Wa Ibar Karangan DR Abdul Nasih 'ilwan

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman
02:06 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Tok Guru Nik Aziz Jadi Mangsa
06:04 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz
Pula Cuba di "bunuh"
oleh Politik Persepsi.


1. Setelah mereka [ musuh ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .

2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .

3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .

4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .

5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .

6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .

7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .

8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

http://episodeperjuangan.blogspot.com
Manhaj Usrah Sirah di Peringkat Remaja dan Muda-mudi.
00:22 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

Siri 1


KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL


1) Keturunan Baginda amat mulia :


-Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.

(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).


- Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.


2) Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia enam tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.


3) Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).


4) Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.


5) Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.


6) Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Masa itu ka’bah dilanda banjir. . Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati.


7) Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Basra setiap tahun.


8) Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta

kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.


abu yusuff

MTSNA Kok Lanas

13/11/2009


p/s: inyaAllah, siri-siri yang seterusnya akan saya terbitkan.


rujukan: Durus Wa Ibar Karangan DR Abdul Nasih 'ilwan