Bermain Politik kotor! Mesti berpolitik cara Islam
06:35 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Strategi musuh Islam untuk melemahkan orang Islam ialah dengan mengatakan politik suku agama suku. Iaitu politik tiada kaitan dengan urusan agama. Hendak solat, kahwin, puasa ikut cara Islam akan tetapi riba, rasuah, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, undang-undang tak boleh ikut cara Islam kerana tak sesuai pada zaman moden sekarang. Strategi mereka ini telah berjaya menusuk masuk dalam benak fikiran orang-orang Islam. Kita dapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan agenda jahat musuh Islam ini dengan mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.

Imam Hassan al-Banna telah berkata :

“aku berani menegaskan dengan terus terang bahawa seorang Islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia adalah seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat terhadap urusan umat Islam, memberi perhatian kepada umat Islam dan ghairah dengannya. Aku berani berkata : Pemisahan dan batasan ini tidak diakui oleh Islam…”

Ahli politik Islam ialah : orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak.*

Politik(siasah) terbahagi kepada dua:

Pertama : Siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syarak dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta mengurus dunia dengan agama.*

Kedua : Siasah(politik) bukan syarak atau siasah ciptaan manusia adalah siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang menggantikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah ini yang menolak siasah syarak ialah siasah yang tidak beragama. Siasah yang tidak mempunyai agama adalah siasah jahiliyyah.*

Politik yang menolak syarak adalah politik kotor lagi jijik. Bagaimana politik ini boleh diterima oleh orang-orang Islam walaupun politik ini sangat jijik? Adalah dengan menggunakan WANG, WANITA, PANGKAT. Manusia apabila dijerat atau diperangkap dengan wang atau wanita atau pangkat maka mereka akan sanggup mengetepikan agamanya demi kepuasan nafsu yang sembentara. Ini adalah hakikat yang telah berlaku dikalangan orang-orang Islam terutamanya para pemimpin, yang mana mereka memberi rasuah kepada orang bawahanya, melantik atau memberi jawatan supaya meraka taat dan tidak menyalahi arahan pimpinan yang teratas. Cara ini juga dilakukan oleh pimpinan BN zaman-berzaman. Rasulullah s.a.w pun pernah ditawarkan oleh pemimpin musyrikin dengan wanita, harta dan pangkat akan tetapi Rasulullah s.a.w menolak dengan mentah-mentah pelawaan musyrikin.

Penulis mengajak kepada semua supaya kita berpolitik cara Islam. Berpolitik cara Islam adalah wajib. Kita mesti fikir dan mengambil-berat tentang urusan manusia khasnya umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat tetang urusan orang-orang Islam maka dia bukan dari golongan mereka{orang-orang Islam}” hadis riwayat al-Baihaqi”

......................................................................................................................
rujukan:* Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan AL-Banna, Dr.Muhammad Abdul Qadir Abu Faris

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?"
02:54 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah
ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI
KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH
UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI
MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL
DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH
BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…


From: ZAID FENDI
Subject: [ukp] Awak sudi jadi isteri kedua saya?
Date: Friday, November 28, 2008, 3:07 PM

Kenapa perlunya Daulah Islamiah?
01:42 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

Mana mungkin kita telah lupa sejarah hitam yang berlaku pada tahun 1924 Khilafah Uthmaniah telah runtuh. Selepas pada tahun 1924 PBB telah mengambil alih peranan Sistem Khilafah maka bermulalah zaman kegelapan bagi umat Islam selama 85 tahun dibawah taring PBB hingga kini . Satu persatu Negara-negara Islam dijajah oleh penjajah Barat mahupun Timur. Kita lihat rakyat Palestin hidup dengan penuh keperitan dan kederitaan disebab kezaliman zionis , AS dan sekutunya yang kita tak nampak. Mana peranan PBB yang dikatakan HERO !!!. Selagimana PBB masih menguasai dunia ni maka nasib umat Islam tak akan terbela sampai bila-bila.


Marilah sama-sama kita membina semula sistem Khilafah Islamiah dimuka bumi Allah ini. Tak dapat tidak , kita mesti nyahkan PBB dan menjadi kewajiban kepada kita semua untuk membina Sistem Khilafah Islamiah yang kita impi-impikan ini . Sesiapa yang tidak berusaha walau sedikit untuk membina semula sistem khilafah ini maka tunggulah balasan Allah diakhirat nanti.

Berdasarkan kaedah fiqh :


"ما لا يتم الواجب الا به فهو الواجب"

"Tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya maka ia menjadi wajib''


Contoh : Asal hukum berwudhuk adalah sunat sahaja. Jika kita hendak mendirikan solat maka hukum berwudhuk menjadi wajib kerana tanpa wudhuk solat kita tidak sah.

Begitu juga dalam proses untuk membina Khilafah Islamiah. Sebelum terdirinya sistem khilafah wajib ke atas kita membina Daulah Islamiah(Negara Islam). Terdapat lima marhalah(peringkat) yang perlu dibina untuk mencapai kepada Khilafah:

1- Individu Muslim

2- Keluarga Muslim

3- Masyarakat Muslim

4- Negara Islam

5- Khilafah Islamiah


Tanpa Negara-negara Islam, Khilafah tak akan wujud . Malaysia tak boleh dikatakan Negara Islam kerana Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan BN tidak menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan yang utama dalam pentadbirannya. Jadi kita sebagai rakyat wajib menasihati kerajaan jika mereka masih berdegil maka kita perlu tukar kerajaan BN melalui sistem demokrasi yang ada pada zaman ini. Menjadi kewajiban keatas kita untuk menyokong parti yang hendak mendirikan Negara Islam seperti PAS . Ini berdasarkan kaedah fiqh diatas.


Berkata Imam Al-Ghazali :


الدين والدولة توأمان

"Agama dan Negara itu berkembar (tidak terpisah)"