Masa Depan Shoubra-Mesir tergugat
04:34 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

Salam,

Harap-harap sahabat sekalian sihat semua...

Darul Quran JAKIM nak naik taraf ke peringkat ijazah..Jadi apa kesannya yang negatif.?.ana tak nak cerita tentang kebaikannya coz sudah ada orang yang membahaskan… ana terangkan secara ringkas je..lepas tu, harap sangat sahabat-sahabat bagi respond..

Apabila DQ naik taraf, pihak kerajaan akan menutup Muadalah Malaysia-Mesir, kemungkinannya. Yakni muadalah bagi pengajian Qiraat di Shoubra Mesir… kerana lepasan Shoubra dikira Ijazah BA.. dan apabila DQ BA “jadi buat ape nak hantar pelajar sambung pengajian ke Mesir” ni hakikat akan berlaku pada masa akan datang.. boleh nampak kan?


Sahabat-sahabat sekalian,


Untuk makluman, sekarang kerajaan Malaysia sudah tidak mengiktiraf sijil ijazah Mahasiswa Shoubra yang Gred Shoubra dari Amal Aimy-Kedah, Mahaad Tahfiz Terengganu, Mahaad Tahfiz Pulai Condong-Kelantan, Madiwa-Perak, KUIS selangor..Mereka lulus tahun akhir di Shoubra tapi apabila mereka pulang ke Malaysia, Sijil BA Shoubra tidak di iktiraf kerana mereka dari Kolej2 dan Mahaad2 tahfiz di atas. Mereka nak sambung pelajaran ke peringkat MA tak boleh,nak kerja kerajaan tak boleh.. Kerajaan Malaysia hanya iktiraf Sijil BA Shoubra yang mereka dari awal belajar di DQ, KUIN-Kedah dan Mahaad Tahfiz Klang-Selangor.. -sumber ana dapat ni dari abang-abang lepasan Shoubra...


Kenapa berlaku hal yang sedimikian???? Sedangkan kami(mahasiswa Shoubra) belajar Mata pelajaran yang sama!!!! Kenapa nak beza-bezakan..adakah sebab Politik yang licik??


Oo, sudahkah sahabat-sahabat lupa, sebelum ini kerajaan telah membatalkan Muadalah dari kolej2 di Malaysia untuk ke Mesir.. Satu-persatu percaturan dibuat bagi menghalang pelajar menyambung pelajaran ke Mesir..

Sebelum ini lagi STAM diperkenalkan..STU/STA dihapuskan...

Kerajaan akan control pelajar dengan sijil STAM..dulu lepasan STAM dapat Makbul boleh sambung Mesir…mungkin akan datang hanya dapat jaidjidan atau muntaz sahaja..


Ana hanya buat analisis..mungkin akan jadi kenyataan…


Saidina Ali KarramaAllahuwajhah pernah berkata:


“Kebenaraan tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang penuh perancangan”


abu yusuff

wassalam..



utusan malaysia online
Darul Quran dinaik taraf ke peringkat Ijazah

07/04/2009 10:56am

KOTA BAHARU 7 April — Darul Quran di Kuala Kubu Baru, Selangor akan dinaiktaraf dengan pengambilan pelajar di peringkat ijazah.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata langkah itu akan dapat melahirkan lebih ramai imam yang mempunyai kemahiran dalam bidang hafaz al-Quran.

“Pengambilan pertama di peringkat ijazah itu akan dimulakan pada Julai ini dan tawaran dibuka sekarang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan di Balai Islam, di sini, malam tadi.

Wan Mohamad berkata institusi pendidikan tahfiz al-Quran itu yang mempunyai kira-kira 3,000 pelajar pada masa ini hanya melahirkan pelajar di peringkat sijil dan diploma.

“Kemasukan ke institusi itu berdasarkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita harap kenaikan taraf institusi pendidikan Darul Quran ini akan melahirkan lebih ramai imam yang hafaz al-Quran,” katanya. — Bernama







|
This entry was posted on 04:34 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On 12 April 2009 at 20:05 , solehati said...

salam
ana nak bagi pandangan sikit.
harap sahabat2 yang belajar di timur tengah ni lebih kedepan dalam isu2 ni. bole respon direct pada kementerian di malaysia. kami di malaysia melalui gamis dah pernah buat demo di KPT untuk pertahankan beberapa MOU yang ingin dibatalkan oleh kementerian kepada pelajar2 yang nak sambung belajar di timur tengah. Kalau tak silap ana dalam awal tahun lepas isu ni dah gempak di paper Malaysia. then lepas tu senyap balik...
Harap pelajar2 di Timur Tengah pasakkan kekuatan pertahan dengan Ilmu untuk pertahankan hak ilmu yang banyak yang boleh diceduk dari sana. Bersungguh2lah kalian. Kami sedia membantu. Mungkin nta bole masuk web www.gamisdaily.com untuk kami panaskan isu ni diperingkat massa di Malaysia.

Sebenarnya orang2 beriman itu bersaudara....