Selesema Babi Tidak Selesai Sehinggalah Nabi Isa Turun
06:03 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

Zaman sekarang semua orang bicara pasal babi..orang kampung hinggalah PBB. Semua bicara pasal babi..kedai kopi hinggalah khutbah jumaat bicara pasal babi...

Semua doktor kata babi membawa penyakit. Kita orang Islam sudah percaya bahawa babi membawa penyakit. Sebab itu Allah mengharamkan makan babi, bukan setakat makan, guna kulitnya pun tidak boleh..

Saya pelik, kenapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tidak ada bukti menunjukkan babi menjadi punca selesema tersebut(utusan malaysia 30 April 2009). PBB takut hendak mengeluarkan kenyataan bahawa babi membawa penyakit selesema itu. Kerana antara punca ekonomin utama  di kebanyakan Negara Eropah adalah bergantung kepada babi. Babi yang mereka proses untuk dijadikan coklat, kasut dan banyak lagi yang kita makan dan guna tanpa sedari atau separuh sedar.

 Kita mesti sedar, bukan babi sahaja yang mati  tetapi manusia juga maut akibat selesama itu. Buktinya bolehlah lihat di Negara-nagara Eropah atau Israil(israil bukan sebuah Negara kerana mereka merampas tanah plastin dan negara arab lain).

Mesir telah membuat keputusan untuk membunuh babi sebanyak 250,000 ekor babi pada 30 April lalu. Semua negara mengambil langkah  berjaga-jaga dengan membunuh babi atau menyelenggara babi dengan sistemetik.

Jumaat lalu saya telah mendengar khutbah Jumaat berhampiran dengan rumah saya di Shoubra Cairo Mesir yang menyentuh tentang isu babi. Daripada khutbah itu saya telah buat kesimpulan, masalah babi tidak selesai hinggalah turun Nabi Isa. Dalam hadis telah menyebut, Nabi Isa akan turun ke bumi ini, Nabi Isa akan patahkan salib-salib dan membunuh semua babi(maaf saya lupa matan hadis yang asal). Kalau sebelum ini, kita fikir pelik, kenapa antara sebab Nabi Isa turun ialah membunuh babi. Sekarang ini lah jawapannya, babi membawa segala penyakit yang pelik-pelik yang susah untuk diubati seperti penyakit JE dan selesema babi, ini pandangan saya, mungkin banyak lagi pandangan-pandangan lain.

Mungkin selepas ini seluruh dunia akan menghadapi masalah babi yang amat dahsyat lagi teruk tanpa penghujungnya, hinggalah Nabi Isa yang menyelesaikan dengan membunuh semua babi.

Sebelum ini, ombak thunami yang belum pernah kita fikir berlaku seteruk itu. Penyakit Babi yang pelik-pelik datang darinya, yang sebelum ini kita tidak pernah fikir, sudah berlaku. Selepas ini akan timbul lagi penyakit yang disebabkan babi, yang tidak tercapai dengan otak kita, yang sememangnya tidak boleh fikir benda yang ghaib. Sedarlah kita, kiamat semakin dekat, tanda-tanda kiamat sudah muncul.

Kiamat pasti berlakuuuuuuu.

Marilah kita sama-sama kembali kepada ajaran Islam yang syumul tanpa kita menjuzuk-juzukan Islam. Islam bukan nikah-kawin sahaja, Islam adalah Negara, Islam adalah akhlak, Islam adalah Jihad dan Dakwah, Islam adalah apa-apa yang mencangkupi seluruh fonomena kehidupan kita.

Marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah yang Maha Pengampun sebelum terlambat. Harap-harap kita semua dapat mengambil iktibar daripada musibah babi yang menimpa umat manusia pada zaman ini.

Abu Yusuf
|
This entry was posted on 06:03 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On 10 May 2009 at 06:39 , Mohd Syauqi said...

jangan sebut BABI, nampak kasar dan kotor.
sebut KHINZIR, nampak comel sikit mcm arnab