Lilin : Hati-hati apabila nak jawab Isu Agama
03:45 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Salam,

Sebagai seorang muslim, kita mesti amanah dengan ilmu yang ada di dada kita. Jika tahu katakan tahu, jika sebaliknya katakan tak tahu.

Isu ahli Parlimen Bukit Gantang YB Mohd Nizar menyalakan lilin heboh diperkatakan.

Yang amat malang orang bukan dalam jurusan agama pandai-pandai menjawab, ada antara mereka kata boleh menyalakan lilin dan ada juga kata tak boleh(haram).. Tahu hanya sepotong hadis terus buat hukum, tahu sedikit sirah terus buat hukum. Ini boleh membawa padah kepada masyarakat, menyebabkan masyarakat menjadi keliru. Dan musuh Islam boleh mempermain-mainkan Agama Islam.

Dalam Islam kita ada displin ilmu, jika tidak tahu tentang sesuatu perkara katakanlah "wallahua'lam" . Janganlah kita pandai-pandai "mengoren" ikut akal atau nafsu kita. Rasa macam akal sudah bijak terus keluarkan hukum.

Isu lilin, isu baru, jadi banyak kajian diperlukan, semada adat atau upacara agama.

Saya tak mahu ulas panjang, cukup untuk peringatan kita semua.

Cuba lihat respon apabila ditanya tetang isu ini terhadap Timbalan Presiden PAS Ust Nasaruddin Mat Isa dan Ust Harun Taib. Respon yang baik.


|
This entry was posted on 03:45 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: