Bermain Politik kotor! Mesti berpolitik cara Islam
20:18 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
Strategi musuh Islam untuk melemahkan orang Islam ialah dengan mengatakan politik suku agama suku. Iaitu politik tiada kaitan dengan urusan agama. Hendak solat, kahwin, puasa ikut cara Islam akan tetapi riba, rasuah, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, undang-undang tak boleh ikut cara Islam kerana tak sesuai pada zaman moden sekarang. Strategi mereka ini telah berjaya menusuk masuk dalam benak fikiran orang-orang Islam. Kita dapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan agenda jahat musuh Islam ini dengan mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.

Imam Hassan al-Banna telah berkata :

“aku berani menegaskan dengan terus terang bahawa seorang Islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia adalah seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat terhadap urusan umat Islam, memberi perhatian kepada umat Islam dan ghairah dengannya. Aku berani berkata : Pemisahan dan batasan ini tidak diakui oleh Islam…”

Ahli politik Islam ialah : orang Islam yang komitmen dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak.*

Politik(siasah) terbahagi kepada dua:

Pertama : Siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syarak dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta mengurus dunia dengan agama.*

Kedua : Siasah(politik) bukan syarak atau siasah ciptaan manusia adalah siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang menggantikan syariat Islam dan bertentangan dengannya. Siasah ini yang menolak siasah syarak ialah siasah yang tidak beragama. Siasah yang tidak mempunyai agama adalah siasah jahiliyyah.*

Politik yang menolak syarak adalah politik kotor lagi jijik. Bagaimana politik ini boleh diterima oleh orang-orang Islam walaupun politik ini sangat jijik? Adalah dengan menggunakan WANG, WANITA, PANGKAT. Manusia apabila dijerat atau diperangkap dengan wang atau wanita atau pangkat maka mereka akan sanggup mengetepikan agamanya demi kepuasan nafsu yang sembentara. Ini adalah hakikat yang telah berlaku dikalangan orang-orang Islam terutamanya para pemimpin, yang mana mereka memberi rasuah kepada orang bawahanya, melantik atau memberi jawatan supaya meraka taat dan tidak menyalahi arahan pimpinan yang teratas. Cara ini juga dilakukan oleh pimpinan BN zaman-berzaman. Rasulullah s.a.w pun pernah ditawarkan oleh pemimpin musyrikin dengan wanita, harta dan pangkat akan tetapi Rasulullah s.a.w menolak dengan mentah-mentah pelawaan musyrikin.

Penulis mengajak kepada semua supaya kita berpolitik cara Islam. Berpolitik cara Islam adalah wajib. Kita mesti fikir dan mengambil-berat tentang urusan manusia khasnya umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat tetang urusan orang-orang Islam maka dia bukan dari golongan mereka{orang-orang Islam}” hadis riwayat al-Baihaqi”

Sejak akhir-akhir ini PAS ditimpa fitnah..Pemimpin kita dilaga-lagakan. Ust Hadi, ust Nasa, Mustafa Ali, Husam Musa di fitnah dengan teruk. Janganlah kita terperangkap dengan mainan politik kotor musuh...Janganlah juga kita bermain politik kotor. Awasilah kata-kata kita.

Abu Yusuf Cairo

|
This entry was posted on 20:18 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: