Bulan Ramadan TARBIAH langsung dari ALLAH
08:59 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::

Salam,


Rasa macam lama saya tidak menulis dalam blog ini, sentiasa copy and paste , alhamdulillah dapat juga menulis tentang ramadan untuk kita semua mengambil pengajaran supaya kita dapat baiki mutu iman kita.


Allah menciptakan tiap-tiap makhluknya pelbagai, ada yang Allah muliakan dan melebihkan antara satu-sama lain…Antara ramai-ramai manusia Allah melebihkan Nabi-nabi..antara Nabi-nabi, Allah memuliakan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Antara bulan-bulan Islam, Allah memuliakan Bulan Ramadan..


Beruntung kita sekarang berada dalam bulan Ramadan. Bersyukurlah kepada Allah dengan ucapan, perbuatan dan hati kita serta taatlah kepada Allah tanpa berbelah-bagi. Bagaimana cara kita taat kepada Allah? Tinggalkan larangNYA dan lakukan SuruhNYA…


Ramadan Sebagai LATIHAN atau madrasah supaya kita bertaqwa kepada Allah..

Cuba kita halusi, kita berpuasa menahan lapar, dahaga dan syahawat dengan tidak makan, tidak minum dan juga tidak bersama isteri(jima’). Lihatlah, semua perkara ini adalah halal pada asalnya. Kita pada asal harus makan, minum dan bersama isteri..Allah haramkan kepada kita daripada makan, minum dan bersama isteri pada siang hari pada bulan Ramadan sebagai LATIHAN kepada kita..Ini adalah tarbiah langsung daripada Allah kepada kita..


Kalaulah perkara halal seperti makan,minum kita boleh tahan dan sabar, sanggup berlapar maka LEBIH UTAMA pada kita untuk meninggalkan perkara-perkara maksiat yang jelas haram..


Lihat masyarakat kita sekarang atau lihatlah pada diri kita sendiri..Puasa,puasa juga akan tetapi dalam masa melakukan maksiat.. puasa tapi tidak menjaga aurat. Puasa tapi mengumpat tentang keburukkan seseorang, puasa tapi lihat aurat wanita atau lelaki dengan nafsu dalam TV atau life tepi jalan atau gambar, puasa tapi masih cakap bohong, puasa tapi makan rasuah, puasa tapi melakukan kezaliman.. Ape guna puasa kita kalau kita masih melakukan maksiat..bulan puasa Allah mengharam kita makan pada siang hari sedangkan ia halal sebenarnya, maka wajib keatas kita meninggalkan perkara haram.


Ramadan kareem…

Hiduplah hari-hari anda dengan Quran, hidupkan tadarus Quran di masjid atau surau kampung atau pekan anda. ..


Doakan moga-moga Allah menerima amalan baik kita, menerina solat dan puasa kita…

Doakan moga-moga Allah merahmati kita semua.


Abu Yusuf Shoubra Mesir


|
This entry was posted on 08:59 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: