SOUTUL DAKWAH : TAZKIRAH RAMADHAN
11:57 | Author: ::. Wan Yaakub Wan Abdullah .::
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه فى مبدأ الأمر ومنتهاه
وبعد,

Ketahuilah wahai saudara, sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang agung disisi Allah S.W.T. dan RasulNYA. Bulan Ramadhan adalah penghulu sekalian bulan, bulan yang difardhukan kepada umat Islam berpuasa padanya.

Firman Allah S.W.T., “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan keatas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa”. Sabda Rasulullah Sallallahhu A’laihi Wasallam, “
Ramadhan ke Ramadhan, Jumaat ke Jumaat dan solat ke solat, menghapuskan dosa
antara kedua-duanya jika menjauhi dosa-dosa besar”.

Ketahuilah saudara, terdapat tiga golongan orang yang berpuasa iaitu :-
1. Golongan yang hanya menahan lapar dan dahaga tetapi melakukan maksiat
mata,telinga dan mulut.

2. Golongan yang menahan lapar dan dahaga bahkan berpuasa menahan mata,
telinga dan mulut daripada maksiat.

3. Golongan yang hatinya berpuasa daripada selain PenciptaNya. Tiliklah diri saudara, golongan manakah saudara. Saudara, agama adalah nasihat dan antara tanggungjawab pemimpin adalah memberi nasihat kepada orang yang dipimpinnya.

Oleh itu, saya menasihati saudara agar gunakanlah Ramadhan pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Jauhilah daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa saudara. Kalau saudara dapat berjaga malam dengan aktiviti-aktiviti malam, kenapa saudara tidak dapat berjaga malam untuk Tuhan saudara. Tepuklah dada, tanyalah iman. Jika saudara orang yang jarang ke masjid, jarang membaca al-Quran, atau jarang berzikir maka gunakanlah peluang Ramadhan ini. Jika saudara perokok, manfaatkan Ramadhan ini sebagai titik mula saudara untuk berhenti merokok. Mana tahu mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir saudara. Ayuh kuatkan azam dan tekad, teruskan melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai diri kami. Kami bertaubat padaMu, kami kembali padaMu, ampunkanlah dosa-dosa dan keterlanjuran kami Ya Allah. Kurniakan kami taubat nasuha dan istiqamah dalam taubat kami Ya Allah. Bantulah kami agar dipermudahkan untuk melakukan ketaatan padaMu.
Bantulah kami agar dapat meninggalkan maksiat Ya Allah. Tiadalah daya upaya kami melainkan mengharapkan hidayah, taufiq dan pertolonganMu Ya Allah.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.
الفقير الى الله
خادم أهل القرءان.


sumber: www.mymaqaz92.blogspot.com
|
This entry was posted on 11:57 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: